fb fb fb fb fb

Jualan Agro Madani Khas Sempadan tingkatkan aktiviti ekonomi

Jualan Agro Madani Khas Sempadan di Padang Besar

PADANG BESAR, 24 November- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sehingga kini telah melaksanakan 13 kali Jualan Agro Madani Khas Sempadan Malaysia-Thailand, melibatkan empat buah negeri yang mempunyai pintu sempadan ke Thailand iaitu Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan.

Pelaksanaan Jualan Agro Madani Khas ini mencatatkan nilai jualan sebanyak RM170,112.00 dengan penglibatan 231 orang usahawan.

Pengerusi FAMA, Aminuddin Zulkipli memaklumkan, program ini telah memberi manfaat kepada 5,670 orang pengguna dan 22,682 isi rumah dengan nilai penjimatan sebanyak RM51,033.00.

Bagi negeri Perlis, sehingga hari ini sebanyak empat kali Jualan Agro Madani Khas Sempadan melibatkan kawasan sempadan Wang Kelian dan Padang Besar yang berjaya mencatatkan RM 51,415.00.

Sepanjang pelaksanaan ini, seramai 106 orang usahawan terlibat dalam memberi manfaat kepada 6,848 isi rumah dengan nilai penjimatan sebanyak RM 15,425.00

Beliau memaklumkannya pada Jualan Agro Madani Khas Sempadan dan High Profile Policing PDRM X FAMA di Padang Besar Street.

Acara ini menyediakan pelbagai aktiviti istimewa untuk penduduk Padang Besar seperti jualan barangan keperluan harian dengan harga jimat 10 peratus hingga 30 peratus, jualan produk-produk IMAT berasaskan Harumanis dan diskaun saman PDRM yang dikeluarkan dalam negeri Perlis sebanyak 30 peratus.

Dengan penglibatan seramai 50 orang usahawan, FAMA menyasarkan nilai jualan pada hari ini sebanyak RM 30,000.00 dan seramai 4,000 pengunjung hadir dan menerima manfaat dengan pelaksanaan program hari ini.

ROSLINA BINTI DIN