fb fb fb fb fb

Penjawat awam Kedah terima BKK RM2,000

Foto BERNAMA

ALOR SETAR, 24 November- Kerajaan Kedah akan memberikan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM2,000 sebagai penghargaan terhadap sumbangan penjawat awam negeri itu melalui Belanjawan Kedah 2025.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, mengumumkan bahawa pembayaran akan dibuat dalam dua fasa, iaitu RM1,000 pada Mac dan RM1,000 lagi pada Jun 2025.

BKK itu melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM12 juta.

"Penjawat awam negeri akan menerima satu pembayaran pada bulan Mac, bersempena musim perayaan, dan satu lagi pada bulan Jun, walaupun tiada perayaan tertentu," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Ketiga Penggal Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri Kedah Ke-15 di sini.

BKK tersebut dijangka memanfaatkan kira-kira 5,376 penjawat awam di negeri tersebut.
 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM