fb fb fb fb fb

Jualan Agro Madani di Selangor sasar kutipan RM3 juta

(Setiap minggu FAMA Selangor mengadakan program Agro MADANI di pejabat kerajaan di semua daerah)

PUTRAJAYA, 13 Julai- Lebih 200 sesi penganjuran Jualan Agro Madani disasarkan di Selangor tahun ini dengan nilai jualan sebanyak RM3 juta.

Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri, Aiada Abdul Rashid berkata jualan itu melibatkan 3,000 usahawan agro.

"Daripada 200 sesi ini kita telah mencapai sebanyak RM650,000 dalam 40 sesi yang kita telah laksanakan dan sebahagian besar kita tengok telah bantu lebih kurang 3,000 petani.

"Setiap minggu FAMA Selangor mengadakan program Agro MADANI di pejabat kerajaan di semua daerah.

"Pada bulan ini sahaja kita fokus sebanyak 40 lokasi di negeri Selangor sahaja," kata Aiada selepas melawat Jualan Agro MADANI di Kementerian Dalam Negeri di sini.

Melalui program jualan itu komoditi jualan diperluas meliputi produk segar dan barang kawalan dengan penjimatan 10% hingga 30% lebih rendah berbanding harga pasaran setempat bagi komoditi terpilih.

(Aiada berkata jualan itu melibatkan 3,000 usahawan agro)

 

Media Baharu