fb fb fb fb fb

AMK Selangor buat laporan polis, MB Kedah didakwa hina Sultan Selangor

SHAH ALAM, 13 Julai- Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor membuat laporan polis berhubung kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang didakwa menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-haj.

Ketuanya, Izuan Kasim berkata pihaknya menggesa pihak berkuasa segera menyiasat serta mengambil tindakan yang disifatkan melampau dan menyentuh isu 3R (kaum, agama dan institusi diraja).

"Seperti yang kita sedia maklum, YAB Perdana Menteri ada umum, Ketua Polis Negara pun ada bagi tahu untuk ahli-ahli politik ini tidak menyentuh isu membabitkan 3R.

Jadi, saya ingat Sanusi ini dia sudh sampai tahap yang melampaulah sbb beliau hadir ke Selangor memberi ceramah, kemudian dia mengutuk Tuanku Sultan Selangor," kata Izuan kepada media selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Sebelum ini, tular satu video Muhammad Sanusi yang mengeluarkan kenyataan menghina Sultan Selangor.

Turut didakwa meremehkan pelantikan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.


(Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Izuan Kasim)

 

Media Baharu