KUALA LUMPUR, 10 Januari - Seorang jurutera yang menjual kandungan lucah secara dalam talian menerusi aplikasi Telegram didenda RM6,000.
Hakim Norshila Kamaruddin menjatuhi hukuman itu terhadap Mohd Azri Zahari selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Mahkamah turut memerintahkan Mohd Azri Zahari menjalani hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
Mengikut pertuduhan, Mohd Azri Zahari didakwa menggunakan aplikasi Telegram secara sedar untuk menjual kandungan lucah kepada seorang lelaki pada 4 Mac 2019 di Bandar Sunway.
Mohd Azri Zahari didakwa mengikut Seksyen 233(2) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang boleh dihukum dibawah Seksyen 233 (3) akta sama.
Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan denda maksimum 50 ribu ringgit atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.