fb fb fb fb fb

Jual ayam lebihi harga maksimum, KPDNHEP tidak akan berkompromi

JOHOR BAHRU, 11 Jun- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) tidak akan berkompromi dengan peniaga yang memanipulasi harga ayam melebihi harga maksimum ditetapkan.

Tegas Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid, siasatan akan dijalankan terhadap peniaga yang secara terbuka menjual pada harga melebihi kadar kawalan iaitu RM8.90.

Tambah beliau, pihaknya akan menyiasat dakwaan peniaga yang memberikan alasan peningkatan harga ayam segar dari ladang ketika ini, berbanding penetapan RM5.60 sekilogram.

"Mereka bukan buat sorok-sorok tapi sudah ambil gambar, berani terbuka ambil gambar RM12,RM11 sekilogram walhal ianya melanggar harga kawalan kita RM8.90 je. Jadi kita ambil tindakan untuk kompaun, kita akan lihat kenapa berlaku, ada yang katanya dia dapat harga dah mahal macam mana nak jual dengan harga tersebut, itu alasan diberi kita akan siasat dan betul ke dia dapat harga tersebut," katanya.

Rosol ditemui media pada Majlis Perasmian Program Jelajah Francais Bay Peringkat Negeri Johor di Johor Bahru.


(Datuk Rosol (tengah) merasmikan Program Jelajah Francais Bay Peringkat Negeri Johor di Johor Bahru/ FB Rosol Wahid)

Sehingga kini, sebanyak 11,114 kes berkaitan ayam dan telur melibatkan kompaun berjumlah RM270,000 dikenakan, sejak 5 Februari lalu.

Rosol turut menasihatkan orang ramai menggunakan aplikasi 'price catcher' untuk membuat perbandingan harga bagi mendapatkan barangan pada harga yang lebih berpatutan.


(GAMBAR FAIL)

 

Media Baharu