KUALA LUMPUR, 24 Mac- Usaha membanteras kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah di seluruh negara sentiasa dipertingkat.
Timbalan Menteri dalam Negeri, Datuk Sri Ismail Mohamed Said berkata, bagi tujuan itu Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) sentiasa mengambil pendekatan holistik, termasuk tindakan membanteras kegiatan memproses dadah di negara ini
"Beberapa langkah telah diambil dalam memastikan kegiatan ini tidak berleluasa. Ia bertujuan meningkatkan kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan dan swasta,
"Dalam pada itu, mempertingkatkan tindakan penguatkuasaan bagi mengesan dan menangkap serta mengambil tindakan undang-undang dan perlucuthakkan harta ke atas individu atau sindiket yang terlibat dalam penghasilan dan pengedaran dadah," jelasnya di Dewan Negara, hari ini.
(Timbalan Menteri dalam Negeri, Datuk Sri Ismail Mohamed Said di Parlimen)
"Tahniah diucapkan kepada JSJN, Bukit Aman kerana pada 13 januari 2022 dimana satu tangkapan dadah yang terbesar telah dapat kita lakukan dimana seberat 2 tan dengan nilai RM111.2 juta telah dirampas," katanya lagi.