fb fb fb fb fb

JPV pantau kemasukan daging dari Brazil

KUALA LUMPUR, 7 Mac- Pemantauan terhadap bekalan daging lembu import dari Brazil ke negara ini akan terus dilaksanakan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

Langkah itu diambil susulan laporan kes penyakit lembu gila yang dikesan di negara berkenaan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohammad Sabu berkata pengimportan daging dari negara berkenaan diteruskan dengan pemantauan.

Hal ini termasuk mengambil kira bahawa kes tersebut lain daripada kebiasaan dan bukan semua tempat mengalami wabak itu.

"Malaysia akan terus mengimport daging dari Brazil dengan pemantauan berterusan terutama dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dan JPV.

"Jika terdapat kelulusan, kerajaan tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengimport daging tersebut.

"Kerajaan akan terus membuat penilaian terhadap bahan-bahan import yang masuk ke negara ini," katanya kepada pemberita di sini.

Terdahulu, Kementerian Pertanian Brazil melaporkan satu kes penyakit lembu gila dikesan di negara itu, bulan lalu.


(Terdahulu, Kementerian Pertanian Brazil melaporkan satu kes penyakit
lembu gila dikesan di negara itu, bulan lalu)

Media Baharu