fb fb fb fb fb

JPSM akan ditubuh untuk perkukuh ekosistem perundangan syariah

Dr Zulkifli Hasan

PUTRAJAYA, 22 Februari- Jabatan Pendakwaan Syarie Malaysia (JPSM) akan ditubuhkan dalam usaha memperkukuh ekosistem perundangan syariah di negara ini.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, proses penubuhannya kini dalam peringkat perbincangan.

"Pemerkasaan perundangan syariah ini telah pun dilaksanakan dan ianya berlaku begitu sistematik dan teratur.

"Mungkin buat pertama kalinya kerajaan mempunyai keberanian untuk melaksanakan usaha-usaha tersebut (dengan) bertindak secara menyeluruh.

"Di mana, bukan sahaja RUU355 (Akta Mahkamah Syariah Bidang Kuasa Jenayah 1965), kita juga akan membawa beberapa rang undang-undang yang lain," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan bersama kira-kira 30 badan bukan kerajaan (NGO) wanita Islam di pejabatnya di sini.

Tambahnya lagi, inisiatif penubuhan Akademi Kehakiman Syariah Malaysia juga adalah komitmen kerajaan bagi mempertingkat pengetahuan dan kemahiran di mahkamah syariah.

SITI AISHAH BINTI MD ISA