SANDAKAN, 22 Februari- Seorang lelaki di Sabah nyaris maut selepas alat pengutip sawit tertusuk di bahagian perutnya ketika mengutip buah kelapa sawit di sini, kira-kira pukul 10.35 pagi semalam.
Susulan itu, mangsa, Suhaimie Hamirudin, 21, dibawa Hospital Duchess Of Kent Sandakan untuk rawatan lanjut selepas pasukan bomba memotong pengutip sawit berkenaan.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Hamsa Isnurdini menerusi kenyataan memaklumkan, sebaik menerima panggilan kecemasan, dua jentera bersama empat anggota bomba digegaskan ke lokasi kejadian.
Sebaik tiba, pasukan bomba terus melakukan operasi penyelamatan.
Operasi itu ditamatkan kira-kira pukul 11.00 pagi selepas memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian.