fb fb fb fb fb

JPS keluar notis kesiapsiagaan kemungkinan berlaku banjir kilat

KUALA LUMPUR, 8 Disember - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan notis kesiapsiagaan mengenai kemungkinan berlaku banjir kilat dalam tempoh 24 jam.

Ia melibatkan beberapa kawasan di negeri Perak, Selangor, Johor, Kedah dan Sarawak.

JPS menerusi kenyataan memaklumkan, notis yang dikeluarkan berdasarkan makluman ramalan hujan Jabatan Metereologi Malaysia, sistem Southeastern Asia-Oceania Flash Flood Guidance System dan model ramalan banjir JPS.

(Foto fail)

Kesemua sistem tersebut memberi maklumat mengenai risiko banjir kilat di beberapa lokasi jika berlaku hujan lebat atau ribut petir yang signifikan.

Di Perak, kawasan berisiko terjejas ialah Daerah Batang Padang, Daerah Larut, Matang dan Selama, Daerah Mualim serta Daerah Perak Tengah.

Di Selangor, ia melibatkan Hulu Selangor, Klang dan Kuala Selangor serta di Yan, Kedah dan Muar, Johor.

Media Baharu