fb fb fb fb fb

JPS keluar notis kemungkinan banjir kilat di empat negeri

(Foto Fail)

KUALA LUMPUR, 12 Oktober- Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat dalam tempoh 12 jam bermula 4.30 petang tadi di beberapa daerah di Kedah, Selangor, Sabah dan Sarawak.

Menurut JPS, lokasi tersebut berisiko mengalami banjir kilat sekiranya berlaku hujan lebat atau ribut petir yang ketara.

"Di Kedah, daerah yang berisiko ialah Padang Terap iaitu mukim Padang Temak dan daerah Sik melibatkan mukim Jemari, mukim Sok serta kawasan sekitar.

"Dua daerah di Selangor pula di Petaling dan Klang melibatkan Pekan Hicom, mukim Damansara, mukim Klang, mukim Kapar, Pekan Pandamaran dan Pekan Kapar.

"Di Sabah dan Sarawak pula melibatkan sebahagian daerah Samarahan, sebahagian di Kuching serta Kampung Jaya Bakti di Sandakan," katanya menerusi kenyataan.


(Foto Fail)

Media Baharu