fb fb fb fb fb

JPM lokasi pertama Program Ihya’ Ramadan dihadiri PM

Anwar Ibrahim (lima kanan) menunaikan solat zohor berjemaah bersama kira-kira 400 warga JPM ketika menghadiri Program Ihya’ Ramadan hari ini/RTM

PUTRAJAYA, 3 Mac- Jabatan Perdana Menteri (JPM) menjadi lokasi pertama penganjuran Program Ihya’ Ramadan yang dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketibaan beliau pada pukul 1.00 tengah hari disambut oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Perdana Menteri meluangkan kira-kira satu jam mengikuti tazkirah bertajuk "Puasa dan Hikmah MADANI: Keseimbangan Material dan Spiritual" yang disampaikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan Prof. Madya Dr. Luqman Abdullah bersama kira-kira 400 warga JPM.

Selepas tazkirah, beliau turut menunaikan solat zohor berjemaah yang diimamkan oleh Dr. Luqman.

Dalam tazkirahnya, Dr. Luqman menekankan kepentingan pengurusan masa bagi mengimbangi urusan dunia dan akhirat serta menyeru umat Islam memperbanyak ibadah sepanjang Ramadan.

Menurut Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri Tunku Nashrul Abaidah, Perdana Menteri akan terus mengadakan Program Ihya’ Ramadan di pelbagai kementerian sepanjang Ramadan ini.

BERITA BERKAITAN

SITI AISHAH MD ISA