fb fb fb fb fb

JPJ teliti keperluan sumber manusia, operasi di sempadan Malaysia- Indonesia

(FOTO RTM)

KUALA LUMPUR, 11 April-Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang meneliti keperluan sumber manusia dan operasi kementerian terbabit melibatkan sempadan di Sabah, Sarawak, dan Indonesia.

Timbalan Menterinya, Datuk Hasbi Habibollah berkata tindakan tersebut adalah sebagai kesiapsiagaan menerima jumlah kemasukan kenderaan yang tinggi dari Indonesia susulan pemindahan ibu negara baharu Republik ke Kalimantan Timur.

"Perancangan pembangunan Nusantara telah diambil maklum. JPJ akan ramcang keperluan di peringkat operasi dan sumber manusia bagi tujuan kemasukan kereta pendaftaran Indonesia ke Sarawak dan Sabah",katanya ketika menjawab pertanyaan Senator Datuk Paul Igai ketika sesi penggulungan di Parlimen.

Selain itu, Datuk Hasbi Habibollah turut memaklumkan, dalam merangka peraturan membabitkan dua negara, beliau berkata, konsep timbal balas dan keseragaman peraturan ditekankan.

Namun, aspek kedaulatan, kepentingan dan keperluan negara akan tetap diutamakan.

"Selepas itu, semua peraturan ditetapkan akan dimaklumkan kepada negara lain. Sebarang perkara berbangkit akan dibincangkan antara kedua -dua belah pihak berdasarkan prinsip kerjasama", katanya lagi.


(FOTO HIASAN/FOTO RTM)

Media Baharu