fb fb fb fb fb

Jelajah Ramadan Kedahfm meriah

ALOR SETAR, 11 April- Pelbagai aktiviti dijalankan oleh pelbagai pihak untuk mendekati masyarakat dan menyantuni golongan memerlukan.

Ini bagi terus mengimarahkan bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Antaranya, Jelajah Ramadan Kedahfm yang dilaksanakan di tiga buah masjid terpilih sekitar Alor Setar.
 
Pengarah Jabatan Penyiaran Kedah, Sharimah Abu Bakar berkata sebanyak 77 naskah Al-Quran diagihkan kepada Masjid Nurul Ittifaq, Masjid Nur Fadilat Ibu Pejabat Polis Kedah IPK dan Masjid Al-Bulkhary.

"Program ini juga, kita telah pun membuat sumbangan 77 naskah Al-Quran sebagai simbolik Sambutan Hari RTM dan di majlis penutup Jelajah Ramadan hari ini juga RTM Kedah mengambil peluang membuat rakaman Kedahfm berselawat," katanya di sini.

(Pengarah Jabatan Penyiaran Kedah, Sharimah Abu Bakar)

Terdahulu, Sharimah menyempurnakan pelepasan konvoi 77 motosikal sempena dengan Hari RTM ke-77 dari Jabatan Penyiaran negeri ke Masjid Nurul Ittifaq.

Media Baharu