fb fb fb fb fb

'Gempur Teknikal' tambah keanggotaan sempena perayaan

Datuk Jana Santhiran Muniayan/ BERNAMA

SEREMBAN, 29 Disember- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) meningkatkan jumlah keanggotaan hingga 1,500 angota menerusi operasi khas 'Gempur Teknikal' sejak 25 Disember lalu.

Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Jana Santhiran Muniayan berkata, penambahan itu bagi menumpukan penguatkuasaan terhadap kesalahan kenderaan perdagangan terutamanya kesalahan lebih muatan, teknikal, dokumentasi, lalu lintas serta teknikal pembuatan dan penggunaan kenderaan.

"Sebelum ini kurang daripada 1,000 orang, sekarang JPJ telah mengerahkan 1,500 orang untuk berada di atas jalan raya sepanjang tempoh musim perayaan ini.

"Ia bukan sempena perayaan Hari Natal tetapi juga semasa sambutan Tahun Baharu dan sambung ke Tahun Baharu Cina. Ia turut akan disambung hingga ke sambuta Hari Raya Aidilfitri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media 'Op Gempur Teknikal' kenderaan perdagangan di kawasan Rehat dan Rawat lebuh raya utara selatan, arah Seremban di sini.

Sebanyak 17,729 kenderaan telah diperiksa sejak op berkenaan dilancarkan pada 25 Disember lalu hingga semalam.

Daripada jumlah berkenaan 1,787 kenderaan dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan, 16 kenderaan disita dan sebanyak 5,306 notis turut dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI