fb fb fb fb fb

JPJ segera tangani isu vandalisme papan tanda di Cameron Highland

Foto BERNAMA

BANGI, 27 Julai - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pandang serius isu vandalisme melibatkan satu papan tanda milik jabatan terbabit di Cameron Highland.

Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, ketika ini, pihak JPJ Pahang sedang giat menyelesaikan isu berkenaan bersama dengan Majlis Daerah kawasan berkenaan.

"Saya telah meminta JPJ Pahang untuk mengambil tindakan, dan mereka telah berbincang dengan Majlis Daerah Cameron Highlands bagi menurunkan papan tanda had sempadan yang telah mengalami vandalisme oleh orang awam.

"Kami juga telah berbincang dengan pihak JKR dan Majlis Daerah untuk menggantikan papan tanda yang rosak itu dengan segera," katanya demikian selepas hadir pada program Hari Keluarga JPJ (HKJPJ) 2025 di Pusat Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, Selangor.

MARDHIYAH MOHAMMED ZIN