BANGI, 27 Julai- Sebanyak RM6.2 juta berjaya dikutip Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ); hasil daripada pembayaran 34,371 saman tertunggak oleh 28 syarikat kenderaan barangan dan pengendali bas ekspres.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, kutipan itu susulan amaran Kementerian Pengangkutan yang memberi tempoh 14 hari kepada syarikat-syarikat berkenaan untuk melunaskan saman yang masih belum dijelaskan.
Sebenarnya selepas kita keluarkan senarai syarikat-syarikat yang mempunyai saman tertunggak itu kesemua syarikat datang menghubungi jpj untuk mencari jalan bagaimana untuk menyelesaikan saman saman mereka jadi kita di peringkat jpj kita bantu kita bantu untuk keluarkan rekod yang terkini kita bantu untuk macam mana untuk dia selesaikan dengan segera", katanya demikian selepas hadir pada program Hari Keluarga JPJ (HKJPJ) 2025 di Pusat Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua syarikat yang telah mengambil tanggungjawab untuk menyelesaikan saman masing-masing.
saya ucapkan terima kasih kepada syarikat-syarikat yang telah menyelesaikan saman tertunggak mereka ini", ujarnya.