fb fb fb fb fb

JPJ Perlis sita 28 buah motosikal warga Myanmar

KANGAR, 17 September - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis menyita sebanyak 28 buah motosikal warga Myanmar dalam Operasi Khas Motosikal.

Menurut Pengarah JPJ Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah, penunggang warga asing ini turut dikenakan tindakan saman bagi pelbagai kesalahan seperti tiada lesen memandu, tiada lesen kenderaan motor (LKM) dan tiada perlindungan insurans.

"Penunggang warga asing ini telah diperiksa dan ditahan semasa Operasi Khas Motosikal yang dilakukan Bahagian Penguatkuasa JPJ Perlis di beberapa lokasi sekitar Perlis, hari ini.

"JPJ Perlis tidak akan berkompromi dengan pemandu warga asing yang melakukan kesalahan dan gagal mematuhi undang-undang jalan raya," kata Fatimah, di sini.

Penunggang warganegara asing berkenaan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM2,000 dan penjara tidak melebihi dua tahun jika disabitkan kesalahan mengikut seksyen 119 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan kenderaan yang disita boleh dilucut hak kepada Kerajaan Malaysia bawah Seksyen 64(2) akta sama.

(Anggota JPJ ketika melakukan Operasi Khas Motosikal)

Media Baharu