fb fb fb fb fb

Fit Malaysia Perlis meriah

 

PAUH PUTRA, 17 September- Program Jelajah Fit Malaysia terus mendapat sambutan baik pelbagai lapisan masyarakat apabila lebih 5,000 peserta membanjiri Kompleks Sukan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Pelaksanaannya bagi membudaya dan merakyatkan sukan dalam kalangan masyarakat menerusi amalan gaya hidup yang aktif, cergas dan sihat serta memperkukuhkan perpaduan dan integrasi nasional menerusi sukan.

Menurut Pengarah Pembangunan Negeri, Maznah Musa, Fit Malaysia yang dilaksanakan seluruh negara juga mampu mengilap bakat sukan dalam kalangan individu terlibat yang boleh diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

"Pelaksanaan Fit Malaysia perlu diteruskan sebagai acara tahunan dengan lebih banyak aktiviti dilaksanakan serta melibatkan penyertaan bukan sahaja Jabatan Belia dan Sukan, malah semua agensi kerajaan negeri dan persekutuan,"katanya.

Beliau memaklumkannya pada Majlis Perasmian Jelajah Fit Malaysia Peringkat Negeri di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Pauh Putra.

Pelbagai aktiviti sukan dilaksanakan termasuklah Fun Ride sejauh 10 kilometer dan 30 kilometer, Fun Run bagi jarak 5 kilometer, Fun Walk 3 kilometer, pertandingan gusti lengan, persembahan seni bela diri, pameran pelbagai agensi kerajaan, jualan dan aerobikthon.


(Pengarah Pembangunan Negeri, Maznah Musa, Fit Malaysia pada Majlis Perasmian
Jelajah Fit Malaysia Peringkat Negeri di Kompleks Sukan UniMAP)

Media Baharu