fb fb fb fb fb

JPJ Perlis kesan 101 kes kesalahan berkaitan teknikal dan pengubahsuaian kenderaan

KANGAR, 18 Februari - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis mengesan 101 kes kesalahan berkaitan teknikal dan pengubahsuaian kenderaan dalam Operasi Khas Pengarah bagi Kesalahan Teknikal.

Operasi tiga hari itu bermula 15 Februari hingga semalam.

Pengarah JPJ Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah berkata daripada keseluruhan kes, pihaknya mengeluarkan 63 Notis Saman JPJ (P)22, 18 Notis Larangan Penggunaan Kenderaan atau Notis PG1 dan 20 Notis Arah Periksa Kenderaan.

"Fokus operasi bagi mencegah pelanggaran peraturan lalu lintas yang lebih serius.

"Antaranya kenderaan perdagangan seperti lori yang dikesan mengubah suai bentuk dan peralatan kenderaan bagi membawa muatan secara berlebihan;" kata Fatimah kepada pemberita di sini.

Selain itu, kesalahan-kesalahan teknikal lain melibatkan kenderaan persendirian.

Antaranya pengubahsuaian identiti kenderaan, ubah suai bentuk dan peralatan kenderaan tanpa kebenaran dan gagal selenggara kenderaan dengan baik.

 

Media Baharu