fb fb fb fb fb

Imunisasi COVID-19: Tiada paksaan suntikan vaksin kanak-kanak, dos penggalak - PM

ISKANDAR PUTERI, 18 Februari - Tiada paksaan dikenakan terhadap ibu bapa untuk mendaftarkan anak-anak mereka dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids).

Demikian dijelaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya, kadar peratusan yang rendah bagi pendaftaran PICKids ketika ini disebabkan kebanyakan ibu bapa mengambil pendekatan 'tunggu dan lihat'.

Perkara sama juga berlaku ketika kerajaan memperkenalkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) pada tahun lalu.

"Cuma untuk kanak-kanak perkara tersebut baru lagi. Ini normal untuk rakyat bila
perkara baharu, mereka lihat dulu.

"Lebih-lebih lagi banyak cerita yang bukan-bukan jadi kita tidak menyalahkan rakyat. Mereka takut berlaku yang tidak baik walaupun KKM dah berikan jaminan tiada isu berkaitan anak yang ambil vaksin," kata Ismail Sabri selepas merasmikan Program Usahawan dan Koperasi Keluarga Malaysia di Iskandar Puteri.

Beliau mengulas mengenai situasi semasa, sambutan ibu bapa terhadap program
PICKids.

Perdana Menteri juga menjelaskan, kerajaan tidak memaksa golongan dewasa menerima suntikan dos penggalak.

Bagaimanapun sambutan setakat ini berjalan lancar.

Perkara sama dijangka berlaku bagi PICKids.

Media Baharu