fb fb fb fb fb

Dos penggalak kurang kesan sampingan - Pakar

KUALA LUMPUR, 18 Februari - Rakyat tidak perlu bimbang mengenai kesan sampingan selepas menerima suntikan vaksin.

Ini kerana pengambilan vaksin dan dos penggalak memberikan lebih banyak manfaat dan kebaikan.

Pakar Perunding Perubatan Kecemasan dan Trauma (HKL), Datuk Dr. Alzamani Mohammad Idrose berkata pemantauan Pihak Berkuasa Kawal Selia Farmaseutikal Kebangsaan (NPRA) terhadap pemberian 57 juta dos vaksin negara ini mendapati, kesan sampingan ringan berlaku hanya pada kadar 17 bagi setiap 1,000 orang.

"Kesan sampingan ataupun yang disebut sbg AEFI kebanyakannya ringan dalam bentuk sakit di tempat cucuk, sakit pada otot, dan demam dan seumpamanya.

"Ia adalah suatu tindak balas badan dalam menghasilkan antibodi. Ada juga kesan sampingan yang serius tetapi ia jarang berlaku," katanya kepada RTM.

Tambahnya, Kesan sampingan yang serius juga berlaku dalam kadar yang rendah iaitu 1.4 orang dari sejuta orang.

"Semua kesan sampingan dianalisis berdasarkan laporan menerusi aplikasi MySejahtera dan dari hospital-hospital di seluruh negara," katanya.

Media Baharu