fb fb fb fb fb

JPJ keluar 16,377 saman sepanjang Op HRA 2022

TUMPAT, 9 Mei- Sejumlah 16,377 saman kesalahan jalan raya dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sepanjang Operasi Hari Raya Aidilfitri (Op HRA) 2022 di seluruh negara yang berakhir semalam.

Ketua Pengarahnya, Datuk Zailani Hashim berkata, semua saman berkenaan dikeluarkan hasil pemeriksaan ke atas 89,490 kenderaan sejak operasi tersebut bermula 29 April lalu.

"JPJ juga telah mengeluarkan sejumlah 776 notis saman P22 iaitu notis arah periksa melibatkan lima kesalahan utama iaitu gagal mematuhi lampu isyarat, memandu di lorong kecemasan, menggunakan telefon bimbit semasa memandu, memotong garisan berkembar dan memandu melebihi had laju.

Lima kesalahan utama dalam tempoh Op HRA 2022 itu akan dikenakan tindakan mahkamah dan tidak boleh dikompaun," katanya selepas memantau pelaksanaan Op HRA 2022 di Jalan Kota Bharu-Pasir Pekan di sini.

(Datuk Zailani Hashim memantau pelaksanaan Op HRA 2022 di Jalan Kota Bharu-Pasir Pekan)

Tambah beliau JPJ turut mengeluarkan 58,182 saman melalui sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas).

Kesalahan tersebut dikesan menerusi 45 kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang ditempatkan di seluruh negara.

"Daripada 45 kamera, 29 digunakan untuk mengesan kesalahan had laju dan 16 kamera untuk kesan kesalahan berkaitan lampu isyarat," katanya lagi.

Sementara itu beliau memaklumkan, penunggang dan pembonceng motosikal antara penyumbang terbesar dalam nahas jalan raya termasuk kemalangan maut.

Media Baharu