fb fb fb fb fb

JPJ Kedah sita lapan motosikal ditunggang warga asing

(Foto JPJ Negeri Kedah)

ALOR SETAR, 18 September- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah menyita lapan buah motosikal dalam Ops Motosikal yang diadakan di sekitar Alor Setar.

Pengarah JPJ Kedah, Aman Shah Hashim berkata kesemua motosikal terbabit ditunggang oleh warga asing.

Sebanyak 85 notis saman telah dikeluarkan terhadap pemandu kenderaan dan penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan.

Antaranya, tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan pelbagai kesalahan berkaitan teknikal kenderaan.

"Saya menasihatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya semasa memandu.Ia bagi mengelak daripada dikenakan tindakan penguatkuasaan atau terlibat kemalangan disebabkan kecuaian serta ketidakpatuhan undang-undang yang boleh menyebabkan kecederaan, kerugian, pembaziran masa dan kehilangan insan tersayang," kata Aman Shah menerusi kenyataan.


(Foto JPJ Negeri Kedah

Media Baharu