fb fb fb fb fb

'Jom Singgah Sahur' erat ukhuwah, semarak Ramadan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar menyantuni anak yatim, asnaf serta warga kerja MAIWP.

KUALA LUMPUR, 22 Mac – Program Jom Singgah Sahur anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mendapat sambutan hangat apabila lebih 500 orang hadir termasuk pelajar, anak yatim, asnaf serta warga kerja MAIWP.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, penganjuran program sebegini mampu mengeratkan lagi hubungan antara pemimpin, institusi agama dan masyarakat.

“Program ini bukan sekadar sahur berjemaah, malah ia simbol ukhuwah dan kasih sayang antara pemimpin dan rakyat, terutamanya golongan yang memerlukan seperti anak yatim dan asnaf,” katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Beliau turut menegaskan bahawa kehadiran pemimpin dalam program sebegini mampu memberi dorongan moral kepada pelajar yang sedang menempuh cabaran kehidupan dan pembelajaran.

Katanya, program ini selari dengan semangat Ramadan yang menekankan nilai kepedulian dan kasih sayang, di samping menunjukkan komitmen MAIWP dalam memastikan kebajikan golongan memerlukan sentiasa terbela.

GRACE AISYAH KEDAYAN