fb fb fb fb fb

RM1.39 juta kompaun sejak penguatkuasaan VEP

Saman perlu dibayar sebelum keluar Malaysia / Foto RTM

JOHOR BAHRU, 22 November - Lebih 4,000 saman melibatkan nilai kompaun RM1.39 juta dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), sejak penguatkuasaan Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) di pintu masuk darat Malaysia-Singapura, bermula 1 Julai hingga Khamis lepas.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan & Operasi) JPJ, Datuk Jazmanie Shafawi memaklumkan, penguatkuasaan melibatkan Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) dan Taman Daya, Johor Bahru.

"Kutipan kompaun tertinggi dicatatkan di KSAB dengan 767,700 kompaun, diikuti BSI (595,200 kompaun) dan Taman Daya, 27,300 kompaun.

Bagi tempoh 15 November hingga Khamis, 159 notis saman turut dikeluarkan kepada pemandu atau pemilik kenderaan Persendirian Syarikat yang masih berstatus pra daftar VEP.

Kenderaan tiada VEP, tamat tempoh atau yang masih berstatus pradaftar akan dikenakan tindakan saman dan perlu dibayar sebelum keluar dari Malaysia.

Sehingga Khamis lepas, lebih 345, tag RFID dikeluarkan JPJ dengan 309,096 daripadanya melibatkan Kenderaan Persendirian Individu.

FAUZIAH ABD RAHMAN