JAKARTA, 20 Februari - Presiden Indonesia, Joko Widodo beramah mesra bersama 33 delegasi media Malaysia yang diundang khas pada Hari Pers Nasional (HPN) di Ancol, Jakarta, Indonesia.
Jokowi meluangkan masa kira-kira lima minat, bersalaman bersama kumpulan media Malaysia dalam acara kemuncak HPN petang tadi.
Majlis HPN disertai 6,000 wartawan Indonesia dari seluruh provinsi di republik itu.
HPN sepatutnya disambut 9 Februari setiap tahun bagaimanapun sambutannya ditunda pada 20 Februari berikutan berlangsungnya Pilihan Raya Umum (Pemilu) Indonesia 2024.
HPN pada tahun ini dengan tema ‘Mengawal transisi kepimpinan nasional dan merawat keutuhan bangsa’.
Terdahulu, delegasi Media Malaysia menjadi tetamu kehormat majlis dengan menyertai pelbagai program sejak 12 Februari lalu.
Ini termasuklah kepada Pemilihan Umum Indonesia (PEMILU) 2024.
Delegasi Malaysia yang hadir ialah Presiden ISWAMI Malaysia yang juga Ketua Pengarang ASTRO Awani , Ashwad Ismail dan Timbalannya, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman yang juga Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) dan Pengarang Kumpulan BH; Ketua Pengarang merangkap Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif BERNAMA, Nur-ul Afida Kamaludin; Naib Presiden 1 ISWAMI yang juga Setiausaha Akhbar kepada Menteri Komunikasi, Nur Hanim Mohd Muhili; Naib Presiden 2 yang juga Pengarang Kumpulan Berita dan Hal Ehwal Semasa Rangkaian Media Prima Berhad, Kamaruddin Mape dan Setiausaha Agung ISWAMI Malaysia yang juga Ketua Penyiaran (TV dan Radio) BERNAMA, Mohd Shukri Ishak.
Ahli majlis ISWAMI yang hadir ialah Ketua Pengarang Utusan TV, Datuk Zulkefli Hamzah; Pengarah Sarawak Media Group/CEO Suara Sarawak dan New Sarawak Tribune, Datuk Dr Jeniri Amir.
Selain itu, Pengarah Urusan Malaysian Nanban, Datuk Shafee Zaman Sikandar Batcha; Ketua Pengarang Sinar Harian, Zamri Rambli; Ketua Pengarang Suara TV, Abd Jalil Aboo Backer dan Deputy Editor The Edge, Mohd Kamarul Azhar Mohamad Azmi turut hadir.
Wartawan Radio Televisyen Malaysia (RTM) Grace Aisyah Kedayan antara 15 wartawan yang menyertai HPN bersama wartawan dan jurugambar BERNAMA, News Straits Times (NST), Astro Awani, MalaysiaKini, Suara Sarawak, Utusan Borneo, RTM, Sinar Harian dan Suara Tv.