fb fb fb fb fb

Johor teliti isu bekalan beras sebelum muktamadkan Belanjawan 2024

(Foto hiasan)

JOHOR BAHRU, 24 September- Kerajaan Johor akan meneliti terlebih dahulu berkenaan isu bekalan beras sebelum memuktamadkan Belanjawan 2024.

Ia bagi mengenal pasti sama ada isu beras merupakan permasalahan jangka pendek atau panjang sebelum diumumkan kelak.

Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Datuk Zahari Sarip berkata, Kerajaan Negeri juga memberi jaminan tidak akan lepas tangan dalam isu bekalan beras.


(Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor)

"Kita hendak lihat dahulu beras ini isu ataupun permasalahan jangka pendek atau jangka panjang, kalau jangka pendek, mungkin Menteri Besar akan umum jangka pendeklah, yang itu Menteri Besar yang akan umum, sebab kerajaan negeri sedang membuat persiapan untuk bajet, sebab itu kami akan memberi taklimat pada Menteri Besar bersama FAMA kedudukan beras pada waktu ini", katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Healthy and Bright Kids Carnival dan Bengkel Kemahiran Keibubapaan, Peringkat KEMAS Negeri Johor di Dewan Muafakat Taman Pulai Indah, Johor Bahru.

Sementara itu, satu sesi pertemuan antara Kerajaan Negeri dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini bagi membincangkan berkenaan isu itu.

Media Baharu