fb fb fb fb fb

Johor sedia pacu pertumbuhan JS-SEZ, beri manfaat kepada rakyat

Datuk Onn Hafiz Ghazi

KULAI, 11 Oktober - Inisiatif naik taraf infrastruktur di Johor, menerusi Belanjawan 2026 yang dibentangkan semalam, dapat memperkasa pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pihaknya komited memastikan projek-projek terlibat, memberi impak positif kepada setiap lapisan masyarakat.

"Ia akan membantu kita membangunkan Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ). Ini merupakan satu permulaan yang baik.

"Insya-Allah, kerajaan negeri Johor menyambutnya dengan penuh komitmen bagi memastikan pelaksanaannya benar-benar memberi manfaat kepada rakyat di peringkat akar umbi Bangsa Johor," katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Konvokesyen Kumpulan Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) ke-26 di sini.

Antara naik taraf diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, termasuk Lebuhraya Senai-Desaru Fasa Dua A, serta Persimpangan Seksyen 16.0 Jalan Johor Bahru-Kulai dan Jalan Gelang Patah.

Selain itu ia juga meliputi pembinaan Jalan Kluang-Renggam-Layang-Layang J25.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI