fb fb fb fb fb

Johor sasar RM20 juta menerusi FIJO 2022

JOHOR BAHRU, 1 Ogos- Kerajaan Johor menyasarkan jualan RM20 juta menerusi Festival Islam dan Halal Antarabangsa Johor (FIJO) 2022 bermula 29 September hingga 2 Oktober depan.

Festival empat hari di Persada Johor itu dijangka mengukuhkan keupayaan negeri sebagai peserta industri halal global.

Menurut Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia, Mohd Hairi Mad Shah, 150,000 pengunjung disasarkan hadir.

300 lot pempamer disediakan dengan 70% daripadanya sudah ditempah usahawan tempatan dan luar negara.

Antaranya Indonesia, Thailand, Singapura, United Kingdom dan beberapa negara Timur Tengah.

"Sasaran jualan insya-Allah kalau 2019 dalam kajian yang saya dimaklumkan RM7 juta dan kalaulah saya boleh jangkakan pada tahun ini penyertaan dalam dan luar negara dengan penyertaan atau kunjungan, saya mengharapkan lebih RM20 juta untuk tempoh 4 hari ini," katanya.

(Mohd Hairi Mad Shah)

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan pra-pelancaran FIJO 2022, di sini hari ini.

Peserta industri halal tempatan diharap memanfaatkan persekitaran pasaran halal yang pesat berkembang, seterusnya membantu kerajaan Johor mewujudkan lebih ramai komuniti usahawan halal.

Usaha ini akan merancakkan kegiatan ekonomi halal, selain menjadikan Johor peneraju hab halal terunggul dalam negara dan rantau ini.

Media Baharu