fb fb fb fb fb

Adik Ainul Mardhiah kritikal, ditempatkan di PICU

(Foto IG Nurul Erwani Zaidi)

KUALA LUMPUR, 1 Ogos- Adik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang pernah menghidap ketumbuhan dalam mulut iaitu ‘Germ Cell Tumor’, dilaporkan dalam keadaan agak kritikal.

Berita itu disampaikan ibu kanak-kanak berkenaan, Nurul Erwani Zaidi menerusi akaun Instagram milik beliau.

Dimaklumkan Ainul kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi Kanak-kanak (PICU).

Menurut Nurul Erwani, anaknya itu mula menunjukkan simptom muntah, cirit birit dan disebabkan keadaannya semakin lebih, kanak-kanak itu dibawa ke bahagian kecemasan sebuah hospital.

Doktor mengesahkan Ainul terlalu penat akibat jangkitan kuman.

Sementara itu, bapa Ainul, Ahmad Safiuddin menerusi laman Facebook memberitahu anaknya mendapat jangkitan kuman yang berkemungkinan beserta virus.

"Ainul mula menunjukkan tanda Jumaat lalu, itu pun hanya batuk biasa dan kemudian muntah serta cirit birit pada Sabtu.

"Pada Ahad keadaannya yang masih belum pulih, kami bawa untuk pemeriksaan dan diminta Ainul segera dibawa ke hospital," tulisnya.

(Adik Ainul/Foto IG Nurul Erwani Zaidi)

Ahmad Safiuddin turut memohon doa orang ramai agar anaknya pulih seperti biasa.

"Doktor kata dalam tempoh tiga hari jangkitan kuman dia sangat kuat dan pantas.

"Sekarang ini kita hanya perlu tunggu dan doa. Mohon doakan Ainul berjaya lawan ye.

"Ainul sekarang sedang tidur. Punca jangkitan kuman? Wallahualam. Sesungguhnya kami tak nampak kuman tu," tulisnya.

Media Baharu