fb fb fb fb fb

Harga maksimum minyak masak botol 5kg dijual RM34.70 bulan ini - Annuar Musa

KUALA LUMPUR, 1 Ogos - Minyak masak sawit dalam botol lima kilogram (5kg) akan dijual pada harga RM34.70 bulan ini bermula dari 8 Ogos.

Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata harga itu ditetapkan susulan pelaksanaan harga maksimum minyak berkenaan secara bulanan berdasarkan harga bagi satu tan metrik minyak sawit mentah (CPO) diumum oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), dengan harga RM4,063 bagi bulan Ogos.

“MPO akan umumkan harga pada bulan yang sebelumnya dan harga itu akan menjadi penanda aras untuk menentukan harga 'retail' minyak sawit tulen yang dijual tanpa subsidi setelah MPOB mengistiharkan harga bulanan satu kaedah pengiraan telah ditentukan oleh KPDNHEP setelah berunding dengan pemain-pemain industri dan margin untung yang mencukupi ,” katanya.

Annuar menyatakannya selepas mempengerusikan mesyuarat Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi di Bangunan Parlimen.


(Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa)

Sementara itu, mengenai inisiatif bagi mendengar pandangan mahasiswa jika ada yang terkesan sekiranya berlaku kenaikan harga barang atau inflasi, Annuar memaklumkan satu sesi pertemuan akan dilakukan.

Ia melibatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed bersama Majlis Perwakilan Pelajar di lebih 80 Insitusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta.

Ujarnya, pertemuan bertujuan meneliti, menambah baik dan sebagai langkah proaktif untuk menilai tidak berlaku keadaan luar jangka yang menyumbang kepada inflasi dalam negara.

"Apa yang ingin kita lakukan adalah 'engagement' di kampus-kampus untuk membolehkan kita mendengar pandangan, untuk itu Datuk Seri Mustapa Mohamed akan turut dilibatkan dalam program tersebut," katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Annuar turut memaklumkan mahasiswa yang tidak mendapat Perantisiswa Keluarga Malaysia boleh membuat rayuan untuk diteliti semula.


(FOTO FAIL)

Media Baharu