fb fb fb fb fb

Johor sasar 30,000 unit rumah mampu milik dalam lima tahun

(FOTO RTM)

JOHOR BAHRU, 16 Julai - Kerajaan Johor menyasarkan 30,000 unit rumah mampu milik dibina di negeri ini dalam tempoh lima tahun akan datang.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata sasaran tersebut mampu dicapai hasil kerjasama erat di antara kerajaan negeri dan pihak pemaju sekali gus memenuhi permintaan rakyat Johor untuk memiliki kediaman sendiri.

"Pada asalnya sasaran kita ialah 12,000, namun melihat kepada permintaan kita perlu tambah rumah-rumah mampu milik di setiap daerah.

"Secara keseluruhannya, kita menyasarkan 30,000 unit", katanya selepas Majlis Penyerahan Kunci Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) di Taman Senibong di sini.

Seramai 195 penerima menerima kunci kediaman RMMJ Jenis C dengan harga RM150,000

Sehingga Mei lalu, sebanyak 879 unit kediaman telah ditawarkan kepada rakyat Johor sementara 2,574 unit lagi bakal siap tahun ini.


(Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi)

Media Baharu