fb fb fb fb fb

KKM tunggu laporan kes kematian kanak-kanak perempuan 10 tahun

SUNGAI PETANI, 16 Julai - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu laporan polis berhubung kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang didakwa akibat kecuaian pihak hospital di Selangor, Ahad lalu.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, pihaknya telah menyerahkan kes itu kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan rapi dan beliau berharap dapat mengetahui hasil siasatan berkenaan.

Beliau juga meminta supaya semua pihak bertenang dan berharap kejadian itu tidak disensasikan.

Kematian, Dea Maisarah Bada, 10 tahun dilaporkan ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah HTAR, Klang, Selangor, baru-baru ini.

"Yang itu saya tak nak cerita lebih panjang lah kes itu sudah menjadi kes siasatan polis, kita biarkan polis buat siasatan, kita lihatklah nanti apa hasil siasatan kes tersebut, apapun kita bersimpati dengan apa yang berlaku terharap arwah dan keluarga dan kita mohon agar keluarga bersabar dalam perkara ini dan kita juga minta orang ramai tidak mensensikan perkara ini," kata kepada pemberita selepas mengadakan Program Madani Afiat dengan menziarah pesakit terlantar Taman Ria Jaya, di sini.

(FOTO FAIL)

Pihak hospital juga didakwa membuat laporan palsu berhubung kematian kanak-kanak itu dengan mengatakan mangsa sudah meninggal dunia ketika dihantar untuk mendapatkan rawatan.

Semalam, media melaporkan Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan menerima dua laporan polis berhubung kejadian tersebut dan sudah memulakan siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Sementara itu, Dr Zaliha dalam ucapan perasmiannya memaklumkan kes jangkitan malaria di negara ini terkawal.

"KKM telah berjaya mencapai sasaran Pelan Strategik Eliminasi Malaria Kebangsaan (PSEMK) 2011 hingga 2021, iaitu sifar kes malaria manusia jangkitan tempatan (indigenous) bermula 2018 dan berjaya mengekalkan pencapaian tersebut untuk lima tahun berturut-turut," katanya.

Pada majlis sama, Zaliha turut menyampaikan Anugerah Tokoh Malaria 2023 kepada Pengasas Program Segitiga Malaria di Semenanjung Malaysia yang juga bekas Pengarah Kesihatan Kelantan Datuk Dr Pius Premaraj.

Media Baharu