fb fb fb fb fb

Johor rekod jumlah pelaburan RM91.1 bilion atasi Selangor, W. Persekutuan

Lee Ting Han

ISKANDAR PUTERI, 18 November - Johor terus menunjukkan prestasi luar biasa dalam menarik pelaburan berkualiti tinggi dengan merekodkan jumlah pelaburan tertinggi negara iaitu RM91.1 billion setakat suku ketiga tahun ini.

Exco Pelaburan, Perdagagan dan Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia negeri, Lee Ting Han berkata, jumlah itu mengatasi Selangor, Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang dan Perak sekali gus mengukuhkan kedudukan negeri itu sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi negara. 

"Dengan komitmen pelaburan mencecah RM56 bilion sehingga suku kedua 2025, pagi ini Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia turut mengumumkan satu berita yang sangat positif.

"Sehingga suku ketiga 2025, Johor mencatat jumlah pelaburan komited tertinggi sebanyak RM91.1 bilion, diikuti Selangor sebanyak RM51.9 bilion dan Wilayah Persekutuan sebanyak RM45.9 bilion," katanya semasa Persidangan Dewan Negeri Johor di sini.

Momentum pertumbuhan itu meletakkan Johor di landasan mencapai sasaran RM100 billion pelaburan menjelang akhir tahun ini, sekali gus mengukuhkan reputasinya sebagai hab ekonomi serantau. 

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI