JOHOR BAHRU, 25 Mac- Kerajaan Johor melancarkan poskod baharu, 80888, yang akan digunakan khusus untuk kawasan Daerah Perniagaan Antarabangsa Ibrahim (IIBD) di sini.
Pelancaran itu dirasmikan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, bersama Exco Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Johor, Lee Ting Han di sini.
Menurut Ting Han, IIBD dirancang menjadi kawasan pembangunan sektor perbankan, kreativiti, kebudayaan serta pelancongan.
Beberapa projek sedang giat dibangunkan di sekitar IIBD, antaranya Projek Sistem Transit Rapid (RTS).
"Kami yakin kawasan ini akan menjadi satu tarikan baharu bagi #bangsajohor ataupun pelabur antarabangsa," kata beliau menerusi Facebooknya.