PARIS, 25 Mac- Kerajaan Perancis meningkatkan amaran keganasannya ke tahap tertinggi susulan insiden tembakan di Moscow, kata Perdana Menteri Gabriel Attal pada Ahad.
Hal itu diputuskan selepas pertemuan pegawai kanan keselamatan dan pertahanan bersama Presiden Emmanuel Macron.
Attal berkata dalam catatan di X bahawa keputusan itu, diambil berdasarkan "pengakuan pengganas IS yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan di Moscow dan ancaman yang membebankan negara kita".
Dalam masa beberapa bulan sahaja lagi, Paris akan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik.
Sistem amaran keganasan Perancis mempunyai tiga tahap, dan tahap tertinggi diaktifkan selepas serangan di Perancis atau di luar negara atau apabila ancaman dijangka akan berlaku.
Ia membolehkan langkah keselamatan seperti rondaan yang dipertingkat oleh angkatan tentera di tempat awam seperti stesen kereta api, lapangan terbang dan tapak keagamaan.-AFP