fb fb fb fb fb

Polis cari orang hilang, Ng Sheng Ing

Orang hilang , Ng Sheng Ing, 32 tahun/ PDRM Manjung

KUALA LUMPUR, 25 Mac- Polis meminta bantuan orang awam bagi mengesan orang hilang (OH), Ng Sheng Ing yang dilaporkan hilang di sejak 11 Mac lalu.

Polis Daerah Manjung memaklumkan pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan Sheng Ing, 32, pada 15 Mac lepas.

"Tinggi OH adalah 160 sentimeter dan berat 70 kilogram - bertubuh sederhana, rambut panjang dan perang serta berkulit cerah.

"Kenderaan yang digunakan OH adalah kereta jenis Toyota Corolla berwarna perak - nombor pendaftaran ACB 815," katanya dalam kenyataan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh berhubung dengan Sarjan Mohamad Nasharuddin Ismail di talian 019-4590032 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung di talian 05-6886222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

SITI AISHAH MD ISA