fb fb fb fb fb

Johor laksana sesi persekolahan Kumpulan B, bermula Januari 2025

Aznan Tamin

KOTA TINGGI, 11 Oktober- Johor akan melaksanakan sesi persekolahan pada hari Isnin hingga Jumaat mengikut sesi persekolahan kumpulan B, bermula 1 Januari hadapan.

Exco Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor Aznan Tamin berkata, ia selaras titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berhubung pertukaran cuti hujung minggu Johor daripada Jumaat dan Sabtu kepada Sabtu dan Ahad.

Pelaksanaan cuti tersebut akan dibuat sebelum cuti penggal persekolahan 2024/2025 berakhir.

Hasil perbincangan yang dilakukan bersama Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Jabatan Agama Islam Negeri berkenaan, sesi persekolahan pada hari Jumaat akan tamat lebih awal pada pukul 12 tengah hari.

Manakala sesi akan disambung pada pukul 2.30 sehingga 6.30 petang.

"Apabila diumumkan 1 Januari, kena ikut dengan tarikh berkenaan cuti sekolah. Jadi ia akan berterusan mungkin boleh praktikal dulu pada bulan pertama pengurusan pembelajaran dan pengangkutan anak-anak.

"Hasil mesyurat akan dibentangkan kepada Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi supaya dibawa kepada Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail, berkenaan kaedah penyelarasan daripada segi pelajar sekolah kita," katanya kepada pemberita di sini.

Pada masa sama pihaknya akan sentiasa bersama-sama Jabatan Pendidikan Negeri Johor untuk membantu dari segi prosedur pelajar bersekolah.

Pertukaran cuti berkenaan melibatkan kira-kira 583,373 murid dan 48,000 guru yang berdaftar bawah Kementerian Pendidikan (KPM).

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI