fb fb fb fb fb

Johor komited tingkat mutu perkhidmatan pengangkutan awam negeri

ISKANDAR PUTERI, 21 Jun- Kerajaan Johor komited, meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam negeri, menerusi laluan baharu Bas Muafakat Johor (BMJ), melibatkan kos RM3.84 juta seperti dicadangkan tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, cadangan itu masih dalam proses memuktamadkan klausa, serta perjanjian perkhidmatan kerajaan negeri, ke Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ).

Proses perolehan bagi melantik operator berkelayakan, akan dijalankan PAJ, sekiranya proses memuktamadkan klausa dengan kerajaan negeri, selesai.


(Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur, Mohamad Fazli)

"Salah satu dari sembilan cadangan laluan tersebut adalah di dalam kawasan Majlis Daerah Kota Tinggi yang melibatkan laluan dari Bandar Kota Tinggi ke Tanjung Sedili (KT03) dengan cadangan kekerapan trip sebanyak empat kali sehari", katanya.

Beliau berkata demikian semasa Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor ke 15 di Iskandar Puteri.

Dalam pada itu, Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia, Mohd Hairi Md Shah berkata, pihaknya, menerusi Sports Johor, sedang menyiapkan kajian peringkat akar umbi, bagi menghasilkan pelan komprehensif Johor Sports Masterplan.

Beliau yakin, dapatan berkaitan E-Sukan menerusi kajian tersebut, dapat digunapakai bagi mewujudkan pelan yang dapat memperkasa industri E-Sukan di Johor.

Media Baharu