fb fb fb fb fb

1,151 anak yatim di Johor dapat manfaat

JOHOR, 21 Jun - Peruntukan RM3 juta ringgit Kerajaan Johor, kepada Inisiatif Anak Johor Prihatin, telah memanfaatkan 1,151 penerima, terdiri daripada anak yatim dan yatim piatu COVID-19 dalam negeri, tahun ini.

Daripada jumlah tersebut, 432 penerima berada di Johor Bahru, manakala 116 di Muar, dan 117 di Kulai.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat Negeri, Khairin Nisa Ismail berkata, inisiatif melibatkan bantuan pendidikan dan perlindungan insurans kepada anak yatim piatu COVID-19, sehingga berumur 21 tahun.


(Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat Negeri, Khairin Nisa Ismail)

Inisiatif dikendalikan Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim (YPKDT) itu, juga memberi bantuan seratus ringgit kepada anak yatim dan yatim piatu, sehingga tamat persekolahan.


"Bantuan sokongan moral disediakan bertujuan untuk memperkasakan sahsiah dan jatidiri golongan sasar yang terlibat agar mereka tidak terasa kehilangan dan dapat menempuhi ujian ini melalui persekitaran yang normal seperti kanak-kanak lain," katanya.

YPKDT masih menerima permohonan baru, selain giat menjalankan siasatan bagi mengenalpasti penerima bantuan, layak menerima inisiatif tersebut.

Media Baharu