fb fb fb fb fb

Tujuh PATI ditahan di sempadan Malaysia-Thailand

(FOTO ATM)

BUKIT KAYU HITAM, 21 Jun- Tujuh Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan ketika cuba memasuki negara secara tidak sah melalui sempadan negara Malaysia/Thailand di Bukit kayu Hitam, Kedah.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia 2 Divisyen dalam kenyataannya memaklumkan PATI warganegara Myanmar itu diberkas ketika bersembunyi di kawasan semak.

(Seramai tujuh PATI warga Myanmar yang ditahan di sempadan Malaysia-Thailand/Foto ATM)

Hasil pemeriksaan mendapati, PATI berusia 28 hingga 54 tahun terdiri daripada 5 lelaki dan 2 wanita, memasuki negara ini dengan merosakkan pagar sempadan.

Turut dirampas, 7 telefon bimbit dan wang tunai dalam mata wang Thailand dan Myanmar dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM4,200.

Kesemua meraka diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Media Baharu