fb fb fb fb fb

Tumpu bina hubungan Keluarga Malaysia, perkukuh kembali ekonomi

KUALA LUMPUR, 21 Jun- Memorandum Persefahaman (MoU) Tranformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan persekutuan dan pembangkang yang bakal berakhir bulan depan, bukan alasan untuk Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat.

Kerajaan pada masa ini masih dalam proses pembinaan semula negara akibat pertukaran kerajaan secara tidak berkala, selain peralihan negara ke fasa endemik.

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Muhamad Nadzri Mohamed Noor berpendapat, jika Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan sekalipun, ia tidak menjamin kestabilan politik dan ekonomi negara kekal stabil.

"Bagi saya selagi tempoh masih ada dan kita mempunyai masalah yang lebih besar dan kita secara umumnya bersetuju ditadbir oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Kita beri peluang dan menggunakan peluang ini sebaik-baiknya kepada beliau untuk memberi fokus kepada kerajaan dan juga membina semula negara khasnya, setidak-tidaknya apabila penggal PRU ke-14 ini berakhir," katanya kepada RTM.

(Muhamad Nadzri/FOTO UKM)

Muhamad Nadzri juga berkata, tumpuan seharusnya ke arah membina hubungan Keluarga Malaysia, sekali gus memperkukuhkan kembali ekonomi negara pada landasannya.

Malah tambah beliau, terdapat juga syarat-syarat jelas dalam MoU tersebut antaranya mengenai menstabilkan kembali sistem politik negara termasuk dengan mengadakan mekanisme undang-undang anti lompat parti dalam pilihan raya kelak.

Media Baharu