fb fb fb fb fb

Program Amal Jariah melalui barangan kitar semula di seluruh Masjid Negeri Perlis

KANGAR, 21 Jun - Bagi menyemarakkan lagi Pembudayaan 3R, SWCorp Negeri Perlis telah mengorak langkah dengan mengambil inisiatif menjalinkan kerjasama strategik bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) melalui Program Amal Jariah melalui barangan kitar semula Masjid di seluruh Perlis.

Pelaksanaan Program Amal Jariah ini telah dipersetujui oleh pihak JAIPs dengan mengalakkan penyertaan Ahli Jawatankuasa Masjid bagi membantu menyebar luaskan promosi program ini kepada kariah-kariah masjid dan masyarakat setempat.

Menurut Pengerusi SWCorp, Datuk Rizalman Datuk Mokhtar, program amal jariah melalui barang kitar semula merupakan hasrat Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam menggalakkan aktiviti kitar semula di masjid-masjid seluruh negeri Perlis.


(Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bersama Pengerusi Masjid Al-Amin, Sempering,menerima Anugerah Kutipan Barangan Kitar Semula Tertinggi bagi tahun 2021)

"Sepanjang pelaksanaan program ini pada Ogos 2021 hingga kini, sebanyak 6.8 tan sisa kitar semula berjaya dikumpulkan oleh 22 buah masjid perintis dimana Masjid Al-Amin, Sempering menerima anugerah kutipan barangan kitar semula tertinggi bagi tahun 2021 dengan kutipan sebanyak 1,383.80 kilogram," katanya.

Majlis perasmian disempurnakan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Media Baharu