fb fb fb fb fb

Pelaksanaan rangkaian 5G mampu pikat pelabur ke Kedah

ALOR SETAR, 21 Jun - Sistem rangkaian 5G di Kedah perlu dilaksanakan tahun ini berbanding perancangan asal tahun 2023.

Ia memandangkan Kedah kini menjadi tumpuan para pelabur dengan nilai pelaburan yang diluluskan ke negeri itu pada suku kedua tahun ini telah mencecah RM20 billion.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Kedah, Dato’ Romani Wan Salin berkata, jumlah pelaburan tersebut telah mengatasi sasaran Pelan Pembangunan Kedah 2035 iaitu sebanyak RM10 bilion.


(Foto/Pejabat Exco Penerangan)

"Projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) bagi menaiktaraf struktur telekomunikasi dan membina menara baru sedang giat dilaksanakan dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2023," kata selepas majlis taklimat berkenaan Pelan Pelaksanaan Rangkaian 5G di negeri Kedah oleh Wakil Digital Nasional Berhad (DNB) di Wisma Darul Aman, di sini.

Mengikut perancangan, pelaksanaan 5G di Kedah akan bermula pada tahun 2023 dan kerajaan negeri menyasarkan kawasan perindustrian dan kawasan projek berimpak tinggi seperti Kulim Hi-Tech Park (KHTP), Zon Sempadan Ekonomi Khas (SBEZ) Bukit Kayu Hitam dan KXP Airport di Kulim.

Ia bagi menyokong pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan pelaburan di Negeri Kedah.

Media Baharu