fb fb fb fb fb

Pelan Pengurusan Konflik Antara Manusia dan Hidupan Liar akan diwujudkan, di Johor

ISKANDAR PUTERI, 21 Jun - Kerajaan Johor bakal mewujudkan Pelan Pengurusan Konflik Antara Manusia dan Hidupan Liar bagi mengurangkan permasalahan haiwan terutama berkaitan anjing dan kera yang berkeliaran di kawasan perumahan.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri, K. Raven Kumar berkata pelan jangka panjang itu melibatkan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ) dengan Jabatan Perhilitan.

(K. Raven ketika Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor ke 15)

"PBT juga sentiasa proaktif, mencari kaedah terbaik menangani masalah anjing liar di dalam kawasan pentadbiran masing masing. Mengambil contoh Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) antara inisiatif dilaksanakan adalah memelihara anjing, menerusi program ini anjing ditangkap dan akan diambil oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berminat, untuk dirawat dan dipelihara," kata K. Raven di sini.

Bagi tempoh 2017 hingga Mei lalu sebanyak 55,203 ekor anjing liar dan terbiar ditangkap oleh PBT dan kontraktor di seluruh negeri.

Sejumlah 7,697 aduan diterima Jabatan Perhilitan Negeri berkaitan kera liar dalam tempoh 2017 hingga 2021, dengan 27,390 telah diambil tindakan menerusi Pengurusan Konflik Kera.


Media Baharu