fb fb fb fb fb

Johor komited jadikan sektor pelancongan negeri nombor satu di Malaysia

JOHOR BAHRU, 12 September- Kerajaan Johor komited menjadikan sektor pelancongan negeri mencapai kedudukan nombor satu di Malaysia tahun ini.

Ia bagi menyamai pencapaian pelaburan Johor yang mencecah RM60.9 bilion separuh pertama tahun ini dan kejayaan Johor Darul Tazim (JDT) muncul juara Piala FA semalam.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, ia selari dengan hasrat kerajaan negeri memperkasa pembangunan ekonomi negeri Johor.

(FOTO FB MJF2022)

Onn Hafiz berkata demikian selepas merasmikan Majestic Johor Festival di Iskandar Puteri, di sini, malam tadi.

Sebanyak 25 agensi kerajaan dan swasta menyertai pameran, 150 gerai jualan serta 80 gerai yang menjual pelbagai barang keperluan termasuk dari Singa­pura, Indonesia, Thailand dan Vietnam.

Terdapat dua tapak festival, iaitu di tempat letak kereta berhadapan Terminal Feri Puteri Harbour dan di hadapan Hotel Jen yang boleh dikunjungi orang ramai.

Turut diadakan pertandingan mewarna, Dinosaur Park & Led Lighting manakala pada waktu malam diadakan tayangan filem Under The Star bermula pukul 8.00 malam hingga 12.00 tengah malam.

Media Baharu