fb fb fb fb fb

Johor dicadang jadi peneraju Skuad Yayasan Pelajaran MARA

Foto BERNAMA

JOHOR BAHRU, 5 Oktober - Johor dicadangkan sebagai peneraju utama, dalam memperkasa Skuad Yayasan Pelajaran MARA (YPM), ke arah mencapai sasaran lebih 20,000 anggota di seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu dapat memastikan YPM terus relevan, dan memberi impak kepada masyarakat.

Ketika ini, Skuad YPM mempunyai keahlian 18,270 orang dengan Johor mempunyai keahlian paling ramai, iaitu 4,800 orang.

Selain itu, Johor juga perlu menjadi negeri contoh, untuk mengangkat TVET sebagai pilihan masa depan pelajar, didorong ekosistem industri negeri yang bersesuaian.

"Kedua, memberi tumpuan kepada bidang TVET melalui, kerjasama rapat dengan institusi bawah MARA seperti, GIATMARA, KKTM, IKM, dan Universiti Kuala Lumpur, " katanya.

Cadangan lain, memperluas bantuan secara bersasar kepada anak muda, di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid yakin, reformasi YPM akan membina generasi belia berjiwa besar, berilmu tinggi serta berakhlak mulia.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Pelancaran Skuad YPM peringkat Johor di sini.

EMMI NORALIZA ADNAN