TAIPING, 5 Oktober - Penduduk terjejas banjir di Perak mencatatkan penurunan kepada 31 orang setakat pukul 4 petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak dalam kenyataan memaklumkan, dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah ditutup.
"PPS Sekolah Kebangsaan Simpang ditutup pada pukul 3 petang tadi dan PPS Sekolah Kebangsaan Matang Gelugor pula ditutup sepenuhnya pada pukul 2 petang tadi," jelas kenyataan tersebut.
Kenyataan sama memaklumkan, sebuah PPS masih beroperasi iaitu di Sekolah Kebangsaan Matang yang menempatkan lapan keluarga yang masih terjejas.